Monday, June 25, 2007

CP001: Charm Patch: Sweetie Pie

CODE: CP001

The latest...Charm patching with floral printed!!

Gabungan 2 fabric cotton dengan printed yang berbeza amat menampakkan kelainan dan impak berbeza terhadap potongan ini...saya namakannya Sweetie Pie kerana gabungan fabrik yang amat manis dikenakan si cilik ini...


Potongan kali ini adalah padanan 2 piece blouse dan seluar panjang...agak berbeza dari konsep dress seperti sebelumnya..bahagian bawah seluar turut dikenakan gabungan 2 fabrik kontra seperti blousenya..


Belahan di bahagian dada dengan penampilan fabrik kontra. Gabungan bunga halus kemerahan dengan base fabrik cream dipadankan dengan kain polkadot kecil dari unsur kehijauan..Jelas menaikkan seri potongan ini.



Bahagian bawah baju ditambah dengan renda tebal berunsur bunga; sesuai dengan tema floral.


Bahagian belakang mengenakan butang dan sedikit ruffle diatasnya...juga dari fabrik kontra..



Ikatan reben di atas bahu adalah untuk menambahkan kemanisan si kecil ini..


Note: Upah jahit : Blouse; range RM 28 ke RM40
Seluar: range RM15 ke RM 25 (seluar cerut)

No comments:

Post a Comment