Tuesday, May 29, 2007

CL007: Casual with Buttons

CODE: CL007


Potongan casual kali ini masih menggunakan bahan dari kain kapas..

Cukup selesa untuk pakaian sehari-hari tetapi masih boleh tampil menarik dengan beberapa accesories tambahan yang bersesuaian..


Barisan 3 butang dari warna yang sama dengan bunga-bunga kecil yang menghiasi material cotton ini membantu menyerlahkan penampilan si comel..



Reben dari jenis organza ditambah dibahagian pinggan untuk menambah keanggunan potongan ini. Reben jenis ini tampak seperti kumuman bunga dibahagian belakang si comel apabila digayakan nanti..



NOTE: Upah jahit - range RM35 ke RM40 (bergantung kepada jenis accesories)





Monday, May 28, 2007

CC003: Black Pearl!!

CODE: CC003

Black Pearl....

Classic look dari velvet hitam; dengan unsur-unsur corak abstrak pada material baldu menampakkan penampilan si comel ini amat "cute".


Reben penghias pinggang dari unsur warna kontra: merah menyerlahkan lagi gadis comel ini. Sedikit unsur beads turut di jahit di sekitar reben merah untuk tampak lebih "elegance".

Kuntuman bunga reben di bahagian belakang adalah sebagai accesories tambahan untuk penampilan lebih menarik dengan gaya tersendiri.


NOTE: Upah jahit - range RM38 ke RM48
Tambahan RM5 untuk lining (tidak termasuk material)


CL006: A-cut Casual

CODE: CL006

A-cut Casual...

Ini adalah potongan A-line di bahagian bawahnya...sama seperti CM006,CM007 dan CM008. Walau bagaimanapun, pendekatan material yang berbeza memberi impak berbeza kepada pemakai dan suasana...


Reben merah yang agak tebal sekitar 2 inchi ketebalannya menghiasi bahagian pinggang pemakai untuk tampak lebih menyerlah...Tiada hiasan lain menghiasi potongan ini..sesuai dengan tema casual untuk tujuan santai di hujung minggu..


Potongan kali ini mengenakan butang untuk menggantikan zip yang sudah kerap kali digunakan..juga sesuai sebagai accesories tambahan untuk potongan ini..

NOTE: Upah jahit - range RM38 ke RM45 (bergantung kepada jenis reben dan butang)

CL005: Casual Flower

CODE: CL005

Casual flower..
Ini merupakan potongan casual dari kain cotton bersulam...
Rona warna "plain" ini tetap menarik dgn fabrik sulam menghiasinya...



Reben dan bunga dari gabungan warna senada; kuning dan putih ditambah untuk menghiasai pinggang untuk menampakkan kemeriahan potongan casual ini



Bahagian bawah ditambah dengan ropol dari material yang sama: agar si comel kelihatan lebih bergaya..

NOTE:
Upah jahit : Range RM38 to RM45
Tambahan RM5 sekiranya perlu lining


Sunday, May 27, 2007

CM009: Pinky Charms

CODE: CM009

Pinky Charms...
Satu lagi koleksi charms dari girl-charms
Rona warna merah jambu ini memang amat sinonim dengan si cilik perempuan..


Bahagian dada dihias dengan kuntuman rose dari rona merah jambu, disertai dengan lace dari warna sama. Reben kecil warna merah jambu pekat dihias untuk menyerikan lagi penampilan ini..


Bahagian kaki kain turut dihias dengan lace dari corak dan warna yang sama..Disertai dengan reben kecil di bahagian belakang baju; penambah seri untuk si comel.


NOTE: Kos lengkap - Range RM75 ko RM95 (lengkap dari kain, accesories dah upah jahit)

Thursday, May 24, 2007

CL004: Sweetie Casual

CODE: CL004
Sweetie casual with short sleeve...
Kali ini potongan casual berlengan menambahkan lagi koleksi Girl-Charms. Untuk menambahkan kelainan, lengan dihiasi dengan renda putih di hujungnya.

Gaya casual ini ditambahkan dengan hiasan renda dan bunga reben kecil di bahagian tepi dada...warna bunga yang agak kontra dari warna baju digunakan untuk menyerlahkan si kecil.

Kelainan kali ini adalah pada potongan dari dada kebawah. Plate tindih di kiri baju menambahkan gaya berbeza pada potongan ini..Selisih plate ditambahkan juga dengan renda dari corak dan warna yang sama untuk menampakkan keseragamannya.

Gaya casual sebegini amat sesuai untuk pelbagai majlis bagi si kecil anda. Selesa tetapi tetap nampak comel dan menarik

NOTE: Upah jahit RM30 ke RM40 (bergantung kepada jenis accesories)

Monday, May 21, 2007

CM008: Charm Pinky Roses


CODE : CM008

Charm Pinky Roses...The combination of white n pink!!

So lovely untuk si comel yang menyambut kehadiran hari lahirnya..
Penampilan nampak simple tetapi manis dengan sentuhan bunga rose pink dari bahan organza..
Di hiasi dengan reben dari unsur pink tetapi pelbagai rona warna menyerlahkan lagi rias di pinggang si kecil..
Taburan bunga halus di bahagian bawah kain menyerikan latar belakang putih tetapi tetap simple dan manis



Reben di pinggan juga dari bahan organza untuk menampakkan kelainan pada si comel..sesuai untuk hari istimewanya




Unsur bunga adalah "detachable" untuk memudahkan proses membasuh dan kemasan yang lain.

Quoted from ZZ " It is simply charming for an amazing pinkish girl like syasya arina"




NOTE: Kos baju lengkap - range RM75 ke RM95 (Upah beserta material dan accesories)

Wednesday, May 16, 2007

CM007: Flower Charms!!


CODE: CM007

Flower Charms..nama yang diberikan sempena hiasan bunga ditepi pinggang..
Satu lagi penampilan "A-cut" yang diberi pendekatan agak berbeza, kali ini dari material silk shatung. Rona warna "lime" dihiasi reben dari warna kontra menyerlahkan kehadiran si genit ini.

Pandangan belakang menampakkan rona warna kontra reben dan juga zip, dipadankan dengan "lining" dari warna yang sama (tiada dalam gambar).

Jatuh labuh ke pergelangan kaki..agak labuh tetapi ayu bila si genit cuba mengangkatnya. Padanan bunga boleh dikenakan mengikut pilihan masing2. Bunga adalah "detachable" untuk memudahkan proses membasuh

Note: Upah jahit - RM38 ke RM48 berdasarkan jenis kain dan accesories yang dipilih
Tambahan Rm5 untuk lining (harga tanpa material)
Additional note: Gambar ikhsan dari Mummy Sara

Tuesday, May 15, 2007

CM006: Polka Dot Charm

CODE: CM006

Gadis genit ini memakai potongan skirt "A-cut". Penampilannyer nampak kemas terutama di pinggang dan perut tetapi masih kekal ayu dengan potongan kembang dibahagian bawahnyer. Potongan tanpa lengan menampakkan keselesaan si genit ini. Walau bagaimanapun, pada yang berminat, sedikit pengubahsuaian boleh dilakukan dengan menambahkan lengan pada baju ini. Nampak lebih formal untuk majlis-majlis yang bersesuaian.


Tema merah polka dot menyerlahkan penampilan mereka..sesuai dengan aksi ceria anak-anak ini. Kepelbagaian juga boleh dikenakan dengan menambahkan renda di bahagian bawah skirt bersesuaian dengan theme warna. Renda putih!! Bertepatan dengan warna polka dot!! Tampil sedikit berbeza..


NOTE: Upah jahit - RM35 ke RM45 (termasuk accesories seperti reben dan renda)
Tambahan Rm5 untuk lining (tidak termasuk material untuk lining)-sekiranya perlu

Thursday, May 3, 2007

Latest collection

Here are some of my latest design.. we had a photoshoot for my lil' model last Tuesday..



It was a very wonderful experience for me working with their moms and syukur Alhamdulillah they love the dresses i made for their princess.. and how proud and happy i am to see these beautiful girls wearing them..

Every dress here have their own name and style.. i'm going to publish details for each of the dresses after i receive the full version of the photos from the photographer. So .. stay tune ya!!


CM005: Sexy Charm

CODE: CM005

SEXY CHARM...
Combination of Halter Neck and Cotton Charm ini amat sesuai dijahit dari kain cotton tanpa mengira warna dan corak..
Kesesuaian untuk keselesaan pemakai amat tepat dengan kain jenis ini..


Potongan kembang payung sebegini menampakkan alunan skirt ketika si anak kecik berlari-lari..Terserlah keanak-anakkan so comel ini..

Tidak kurang penampilan duduknya..tampak patuh dan ayu..sopan dan santun kesusilaannyer

Pandangan belakang menampakkan bahagian belakang yng montok..geram betul melihatnya..si anak kecik nmpk cukup dewasa






Warna dan corak boleh menentukan kesesuaian majlis yang dihadiri... Corak berbunga sesuai sekali untuk majlis casual tetapi menampakkan keanggunan pemakai.. Manakala warna "plain" sesuai untuk majlis keramaian seperti harijadi dan juga wedding ceremony..mungkin untuk "flower girl"..sangat menyerlah penampilannyer

NOTE: Upah jahit - range RM45 ke RM55 (bergantung umur dan kembang yang dikehendaki). Jahitan zig-zag digunakan sebagai pembahagi kepada setiap tingkat lapisan bahagian skirt. Eg: garisan merah di setiap tingkat skirt yang dipakai model di atas)