Saturday, November 17, 2007

CM024 : Batik Allure

CODE: CM024

Batik Allure..
Lain penampilan ini bukan??
Penampilan potongan ini ditambah serinya dengan renda dan bunga dari unsur warna serupa dibahagian pinggangnya..



Potongan lengan yang sederhana dihiasai dengan piping dari warna dari warna asas fabrik (hitam). Tetapi kali ini ditambah dengan reben dan bunga dari unsur putih untuk kelihatan kontra


Pandangan belakang dengan reben putih dan butang dari warna yang sama sebagai pelengkap potongan ini


Note:
Upah jahit - range RM38 to RM45

Tuesday, November 13, 2007

CM023 - Polka Dot Range


CODE: CM023
'Polka dot range'.....

Potongan ini adalah dari jenis potongan 'A-cut'....
Menampilkan potongan sederhana untuk si comel menggayakannya...

Di hiasi reben kecil berukuran 2 inci di bahagian tengahnya dari fabrik serupa..

Bahagian belakang meampilkan butang dari warna merah sebagai pelengkap potongan ini..

Note:
Upah jahit - range RM38 ke RM45

Monday, November 12, 2007

CM022 : Charming Lady (v)

CODE: CM022
Charming Lady (v)...
Seindah namanya...
Secantik fabriknya...
Seceria warnanya..
Ini adalah gabungan intimewa...

Potongan Charming Lady kali ini menampilkan sedikit kelainan dengan adanya koler 'ruffle" menghiasai leher..
Reben di pinggang adalah senada dengan bunga yabg menghiasai fabrik pilihan..tanpa ketara dan menyerlah..


Lengan juga menampilkan unsur 'ruffle' untuk serasi dengan kolernya..


Gabungan ruffle ini memberi seri ayu kepada si pemakai



Tampil sederhana dari pandangan belakang tapi tetap menawan..


Note:
Upah jahit - range Rm38 to Rm 45

CM021 : Charming Lady (iv)

CODE : CM021

Satu lagi koleksi dari range Charming Lady...

Warna gelap dihiasi bunga warna warni memang amat berlainan dari yang sebelumnya..
Menyerlah dan anggun sekali...

Reben dari rona warna bunga memberi impak jelas pada potongan ini..Tambah lagi dengan hiasan bunga dari rona warna serupa..
Tampak si gadis makin ayu...

Pandangan belakang adalah seperti di atas dengan butang sebagai pelengakap pakaian..

Note:
Upah jahit - range RM38 to RM45

Sunday, November 11, 2007

CM020 : Charming Lady (iii)


CODE : CM020

Charming Lady (iii)...

Lagi dari koleksi Charming Lady...
Kali ini dengan penampilan warna garang untuk si comel kita...


Potongan tanpa lengan ini nampal sangat sesuai untuk pelbagai acara terutama untuk si cilik yang aktif..
Reben dari unsur warna ketara isitu hitam menyerlahkan lagi penampilan gadis licik ini..



Untuk impak yang lagi ketara..bahagian bawah skirt ditambahkan dengan unsur 'piping' dari warna hitam..kerana hitam itu menawan..


Ini adalah pandangan belakang potongan ini secara keseluruhannya..

Note:
Upah jahit - range Rm38 to Rm45

CM019 : Charming Lady (ii)

CODE: CMo19

Charming Lady (ii)..

Satu lagi penampilan Charming Lady...
Potongan ini juga simple...tetapi pemilihan fabriknya memberi kelainan pada si pemakai..

Pemilihan reben dari warna unsur bunga menyerlahkan fabrik bernada putih bersih sebegini..


Sedikit kelainan pada potongan lengan baju ini...Potongan lengannya adalah sedikit beropol dengan potongan separuh jatuh dari bahu...


Ini adalah pandangan belakang kesuluruhan potongan ini..

Note:
Upah jahit - range Rm38 ke Rm45

CM018 : Charming Lady

CODE: CM018
My Charming Lady...

Potongan ini adalah sangat simple..
Tetapi tarikannya amat menyerlah dengan kombinasi warna yang jarang dikenakan oleh seorang gadis kecil...
Sedikit kelainan diberikan dengan adanya lengan pendek berbanding potongan sebelumnya..


Hiasan reben dari rona warna yang sama tapi fabrik 'plain' menyerlahkan keterampilan si gadis yang menggayakannya..Tambahan pula dengan hiasan bunga di sudut sisi pinggangnya..


Ikatan reben yang besar (anggaran 2.5 inch) di bahagian belakang menampakkan sedikit kelainan pada potongan ini..

Keseluruhan bahagian belakang potongan ini adalah kelihatan seperti di atas..Si gadis genit tampak ayu mengenakannya..

Note:
Upah jahit - range RM 38 ke RM45

Thursday, November 8, 2007

CP004: Velvet Vs Cotton

CODE: CP004

Ini adalah gabungan terbaru dari Girl-Charms collection..

2 fabrik dari jenis yang berbeza digabungkan untuk hasil yang berbeza dari kebiasaan
Gabungan warna merah, hitam dan putih memberikan tarikan yang ketara pada si gadis genit yang menggayakannya


Konsep "PATCH" yang cuba diketengahkan ini menggabungkan unsur 'simple but nice' untuk seorang puteri di hari kelahirannya....Happy Birthday dear darling...


3 kuntum bunga di bahagian dada adalah sebagai pelengkap potongan ini juga sebagai penambah seri..

Note:
Upah jahit - Range RM38 ke RM48

Thursday, September 20, 2007

CM017 : Black & Pink

CODE: CM017


Black n Pink!!!
Super Dee Duper Combination of colours....

Potongan ini adalah simple..
Tetapi pilihan warna dan fabriknya sangat menarik...menyerlahkan si comel menggayaknnya
Tambahan lagi dengan gabungan hitam dan merah jambu...unik dan nampak sooo classy..



Potongan ini sebenarnya adalah hasil dari 2 lapisan skirt bertingkat...
Terdapat sedikit kelainan dari potongan yang sebelumnya.



Seperti biasa pada bahagian pinggang dikenakan reben sebagai hiasan tambahan tetapi kali ini warna merah jambu menjadi pilihan...menampakkan keunikkan pada potongan ini..




Butang dari warna merah jambu juga menjadi pilihan untuk mengenengahkan lagi impak rona warna berbeza pada potongan ini



Note:
Upah Jahit - Range RM35 to RM45

Monday, September 3, 2007

CM016 : V-Charms

CODE: CM015
V-Charms...
Potongan ini masih mengekalkan potongan A-line pada bahagian skirtnya...
Namun nama V diberikan sempena potongan pada bahagian lehernya..
Leher V ini berselisih di bahagian kiri dan kanannya..


Piping dari warna kontra dikenakan pada seluruh bahagian leher, lengan dan juga bahagian bawah skirt manakala pelelengkap; butang dari warna serupa dengan piping memberi impak ketara pada potongan ini..

Reben halus dari warna putih juga dikenakan pada bahagian pinggan..sedondon dengan reben kecil disisinya..

Note:
Upah jahit - Range RM35-RM45

Monday, August 27, 2007

CM014A : Charming Lavender II

CODE: CM014A

Ini adalah satu lagi penampilan Charming Lavender....
Gabungan fabrik satin dan lace sememangnya menyerlahkan penampilah dua beradik ini...

Potongan ini hanya mengenakan lace di bahagian skirt dengan berlatar belakangkan satin dari unsur warna serupa. Fabrik satin yang sama juga digunakan sebagai bahagian atas dress...

Bahagian reben di pinggang adalah dari kain satin yang sama. Sedikit aksesori tambahan iaitu bunga ditambah dibahagian tengah pinggang sebagai penambah seri.


Gambaran dari belakang yang mengenakan reben dari fabrik satin juga butang sebagai pelengkap.


Note:
Upah jahit - Range RM45-RM55

Wednesday, August 22, 2007

CL013 : Summer Elegance

CODE: CL013


Summer Elegance (Special thanks to Mama Kc for this idea and also for lovely piccas)...

Potongan ini sangat sesuai untuk aktiviti casual...
Kelihatan si anak kecil sungguh santai menggayakannnya...jelas nampak selesa..
Fabrik cotton berbunga kecil dari unsur merah menyemarakkan gaya musim bunga..(summer)...
Namun Ayin tetap nampak bergaya..so elegance...!!!

Potongan bahagian atas sedikit berlainan dari patern-patern sebelumnya; bahagian leher dan lengan adalah bercantum..(kelihatan seolah-olah cheong sam modern)


Bahagian bawah dihias dengan reben dari warna merah untuk memisahkan bahagian potongan lurus dan juga plate (terdapat plate di kiri dan kana bahagian bawah baju).Ditambah dengan renda warna putih..sebagai penyeri..

Note:

Upah jahit -range RM 38 to RM45

CM010: Red




CODE:CM010

Lady in RED..

Latest collection from CHARM category...

Warna merah dari fabrik cotton ini sangat menyerlah untuk si genit yang memakainya..


Potongan kembang di bahagian skirt, tampil labuh di bawah lutut hingga ke buku lali; menampakkan penampilan si kecil tak ubah seperti seorang tuan puteri...


Plate dari saiz yang sama mengelilingi bahagian skirt potongan ini, menampilan potongan yang kemas tetapi tetap menarik dan sedikit kembang.


Penampilan reben dari warana putih; gabungan yang sangat kontra ini menyerlahkan gaya sebegini. Lilitan reben putih menghiasi seluruh pinggang potongan ini..Simple dan kemas pendekatannya


NOTE: Upah jahit - RM38 ke RM48 (Agak rumit utk plate yang terletak di bahagian pinggang)
Tambahan RM5 untuk lining
Additional Note: Gambar ihsan mama KC and Mak Julie



Monday, August 20, 2007

CL012 : A cut casual with piping

CODE : CL012


A-cut Casual with Piping..

Potongan ini adalah sama dengan CL006 dan CM006, CM007, CM008 dan CM015..

Hanya accesories dan jenis fabrik yang digunakan memberi impak berbeza pada setiap code yang diberikan; bersesuaian dengan tema yang diingini..

Kelainan kali ini adalah pada accesori-nya..

Fabrik cotton yang sememangnya amat sesuai untuk anak-anak kecik dikenakan piping pada bahagain leher dan lengan..

Reben dari warna senada dengan piping dikenakan pada bahagain pinggangnya bagi menambah seri potongan ini..

Tidak lupa juga pada bahagian kaki kain..juga mengenakan piping bagi menampakkan kelainan dari potongan sebelumnya..

Ikatan reben sebegini ini mampu menambahkan manis si anak kecil bila menggayakannya..

Note:
Upah jahit - Range Rm38 ke Rm48