Friday, June 29, 2007

CM012: Lacey Charm

CODE: CM012
Lacey Charm...

Kategori charms kali ini menampilkan gabungan satin dan net halus...
2 layer yang sinonim kombinasinya...dengan pendekatan warna putih bersih...ANGGUN!!
Bahagian lengan dihiasi dengan net berserta renda lace sebagai accesori..tambah AYU!!


Bahagian belakang menampilkan butang dari jenis mutiara; demi menampakkan keserasian tema putih...sungguh MANIS penampilannya..


Bahagian pinggang ditambah renda lace bermanik...senada dengan renda lace di bahagaian lengan tadi...


Potongan sedikit berbeza di bahagian kaki kain...Potongan zigzag dikenakan untuk tampak berbeza....


Note:
Kos total - range RM85 ke atas (bergantung jenis accesories pilihan)

Monday, June 25, 2007

Recent Job!!

Recently....

Here are a few dresses yang saya sempat siapkan for few customers....

Basically all these paterns dah pernah publish...but this time with another set of material/fabric as requested by customers...

Here there are:












Similar to cotton Charm CM003 with different printed.



















Sleeveless Charm CM002 with different embroidery.



















Charm Pinky Roses CM008 but with Red theme.





















Similar to Sexy Charm CM005 but different printed

CL008: Lovely Pinkish


CODE: CL008


Lovely Pinkish

Potongan casual ini mengenengahkan leher jenis halter neck dengan potongan A-line pada bahagian skirtnya...Potongan ini tidak ada bezanya dengan potongan Sexy Charm (CM005) dan Halter Neck (CL002) pada bahagain atas..tetapi hanya pada bahagian skirt sahaja (bawah)



Potongan yang amat simple tetapi tetap menyerlahkan kecomelan si anak kecil. Renda bersaiz kecil dipadankan pada bahagian bawah skirt untuk tampil lebih manis.



Note:
Upah jahit - Range RM 35 ke RM45

CP002: Ruffle Charm

CODE: CP002

I named it Ruffle Charm....

Potongan ini menampilan konsep ruffle sekitar bawah blouse dan juga skirt. Satu lagi koleksi dengan penampilan 2 pieces (blouse dan skirt)

Gabungan kontra dua fabrik dari unsur warna serupa tetapi printed berbeza; florak dan petak-petak.
Skirt jenis cerut sebegini mudah dikenakan untuk si cilik dari pelbagai saiz dan umur..

Renda dari patern floral dikenakan pada pembahagi ruffle untuk mengenengahkan unsur floral; menampakkan kelainannya..



bahagian lengan juga dikenkan renda dari unsur floral tetapi dengan ketebalan yang agak nipis bersesuai untuk bahagian lengan...

Note: Upah jahit : Blouse ; range RM35 ke RM45
Skirt; range RM15 ke RM25

CP001: Charm Patch: Sweetie Pie

CODE: CP001

The latest...Charm patching with floral printed!!

Gabungan 2 fabric cotton dengan printed yang berbeza amat menampakkan kelainan dan impak berbeza terhadap potongan ini...saya namakannya Sweetie Pie kerana gabungan fabrik yang amat manis dikenakan si cilik ini...


Potongan kali ini adalah padanan 2 piece blouse dan seluar panjang...agak berbeza dari konsep dress seperti sebelumnya..bahagian bawah seluar turut dikenakan gabungan 2 fabrik kontra seperti blousenya..


Belahan di bahagian dada dengan penampilan fabrik kontra. Gabungan bunga halus kemerahan dengan base fabrik cream dipadankan dengan kain polkadot kecil dari unsur kehijauan..Jelas menaikkan seri potongan ini.



Bahagian bawah baju ditambah dengan renda tebal berunsur bunga; sesuai dengan tema floral.


Bahagian belakang mengenakan butang dan sedikit ruffle diatasnya...juga dari fabrik kontra..



Ikatan reben di atas bahu adalah untuk menambahkan kemanisan si kecil ini..


Note: Upah jahit : Blouse; range RM 28 ke RM40
Seluar: range RM15 ke RM 25 (seluar cerut)

Wednesday, June 6, 2007

CM011: Polka Dot Snow White

CODE: CM011
A polka-dot Snow White....
Pendekatan berbeza dari material yang sama...
Kali ini si gadis cilik ini ingin mengenakan potongan ala-ala "Snow White"
Potongan A-cut yang sama seperti polka-dot yang terdahulu; kecuali pendekatan lengannya berbeza..

Bella mengenakan potongan lengan kembang dengan alunan "ruffle" di sertai renda putih di bahagian hujungnya. Menampakkan si genit ini seolah-olah puteri raja di zaman silam...



Warna merah yang amat sesuai untuk si cilik yang sememangnya pandai bergaya..Tatkala dia menari-nari..potongan ini menampakkan alunan bahagian "skirt" beralun mengikut irama yang dinyanyikannya...


NOTE: Kos upah - Range RM 38 ke RM48
Tambahan RM5 untuk lining (tidak termasuk material)