Monday, April 28, 2008

CM038 : Sweetie Blue

CODE: CM038

Sweetie Blue...

Memang akan nampak biru untuk sicilik yang menggayakannya...
Rona warna biru lembut sebegini jelas menampakkan si comel yang manis dan lembut..
Teang mata memandang mereka..

Potongan sederhana sebegini sesuai untuk pelbagai majlis; bermula dari aktiviti santai sehari-hari sehinggalah untuk majlis keramaian; majlis perkahwinan /hari lahir dah sebagainya...
Si gadis tetap nampak manis bergaya..


Hiasan kuntuman bunga kecil di pinggang menghiasi reben dari rona warna biru gelap...


Pandangan belakang yang masih mengenakan ikatan reben sebagai hiasan tambahan..
Menambah seri si pemakainya...

Note:
Upah jahit - range RM35 ke RM45

CP005 : Blue Patch

CODE : CP005

Blue Patch...

Rekaan ini tidak banyak bezanya dengan potongan terdahulu...
RED Patch: CP003...

Hanya unsur kali ini mengenengahkan warna biru laut...
Sejuk mata memandang...

Kombinasi dua kain kapas berlainan corak tapi mengekalkan unsur warna senada menampakkan keunikaan gaya sebegini

Dengan adanya sedikit lengan ala 'ruffle' tambah manis si gadis ayu menggayakannya...

Note:Upah jahit - range RM35 ke RM45

Sunday, April 27, 2008

CM037: Purple Allure

CODE: CM037

Purple Allure...

Seakan-akan Batik Allure namanya..(CM024)..
Ini kerana potongannya adalah serupa...
hanya corak dan warna fabrik ynag berbeza...


Bahagian pinggang dihiasai renda tebal beserta reben dan bunga dari unsur warna serupa dengan warna fabrik...putih dan ungu..(purple)



Berleher bulat...tampak simple tetapi tetap menarik...


Lengannya adalah kembang..
turut dihias reben dan bunga yang serupa pada bahagian pinggnag tadi..


Note:
Upah jahit - range RM38 ke RM45




Thursday, April 17, 2008

CL015 : Cheeky Girl

CODE: CL015

Cheeky Girl!!...

Potongan ini tampak sederhana..
Sesuai untuk si lincah menggayakannya..terutama sekali untuk aktiviti- aktiviti petang bersama keluarga..
Lincah, selesa namun tetap bergaya!!

Tidak banyak bezanya dengan potongan terdahulu ; CL008 - Lovely Pinkish..
Masih mengekalkan potongan ala payung atau "a-cut" pada bahagian skirt serta reben di pinggang sebagai hiasan..
Cuma kali ini potongan lehernya menampakkan hasil "V" shape berbanding bulat untuk potongan terdahulu...


Pandangan sisi dan belakang menampakkan ikatan reben dileher belakang beserta bahagian belakang badan yang sedikit terdedah..untuk keselesaan si kecil yang aktif dan mudah berpeluh..

Note:
Upah jahit - range RM38 to RM45

Tuesday, April 15, 2008

CM036: Little Prairie

CODE: CM036

Little Prairie..

Saya membayangkan dia duduk di atas kawasan berbukit yang di penuhi rumput menghijau..
Suasana cerah dan ceria sesuai untuk gadis kecil ini menggayakan potongan simple sebegini



Lontaran reben merah cili mengenengahkan fabrik warna kuning air ini
Ditambah renda putih halus menghiasi bahagian dadanya...
Bahagian kaki skirt pula di tambah renda liku dari unsur warna serupa reben yang menghiasi pinggangnya


Note:
Upah jahit - range RM38 ke RM45

Wednesday, April 2, 2008

CM035 : Little Browny Lady



CODE: CM035

Little Brownie Lady...

Seolah melihat potongan kek dan brownies yang dihiasi topping 'pink'..
Menyelerakan dan cantik!!!

Unsur coklat..sememangnya warna yang jarang dikenakan si anak kecil namum gabungan warna ini dengan rona merah jambu mampu menyerlahkan si genit kecil..


Potongan ini amat sederhana, piping dari rona warna bunga (pink) di tambah di bahagian kaki baju telah berjaya menaikkan gaya sederhana ini

Reben ikatan belakang juga mengenakan warna kontra serupa untuk menampakkan keserasian pada potongan ini

Note:
Upah jahit - range RM38 to RM45

CM034 : Sweet Pea


CODE : CODE CM034


Sweet Pea....

Rona warna fabrik pada potongan ini sememangnya manis sekali di gayakan si anak kecil...

Dengan mengenakan potongan sederhana sebegini cukup membuatkan si anak kecil tampak 'elegan' dan bergaya..


Potongan 'A-line' pada bahagian bawahnya (skirt) menampakkan potongan ini cukup kembang dan beralun; tambah manis kelihatan si kecil..> Tambahan lagi dengan potongan lengan ala 'ruffle'..

Bahagian pinggang dihias reben dengan ikatan di sisi dari warna sedikit kontra untuk menyerlahkan lagi penampilannya....


Pelengkap pakaian adalah butang di bahagian belakang baju...serta ikatan reben seperti kebiasaannya


Note:
Upah jahit - Range RM38 ke Rm45 (termasuk reben)

Tuesday, April 1, 2008

CL014 : Wild Flower

CODE : CL014

Wild Flower...

Pemilihan fabrik ini menggambarkan tema yang ingin disampaikan...

Corak bunga pelbagai dari warna warna gelap menampakkan kelainan pada si comel yang bakal menggayakannnya..

Bersesuaian dengan konsep kasual; potongan leher 4 segi dengan potongan tanpa lengan amat selesa di kenakan untuk aktiviti si kecil yang semangnya cergas dan aktif; memberikan ruang pergudaraan yang secukupnya..


Potongan kembang ala 'A- cut' menampakkan potongan sederhana ini tetap 'girlish' pada si pemakai...

Note:
Upah jahit - Range RM35 ke Rm42

CM033 : Goldish Look

CODE : CM033
Goldish Look...

Tema warna emas ini memang sesuai untuk digayakan di majlis-majlis keramaian seperti hari lahir dan juga majlis perkahwinan kaum keluarga dan rakan taulan...

Potongannya adalah simple...namun padanan 'shantung silk' dan 'lace' menyerlahkan si kecil yang menggayakannya

Ikatan reben di bahagian sisi pinggang menambahkan ketrampilan potongan sederhana ini

Seperti potongan-potongan terdahulu, reben di belakang beserta butang adalah pelengkap kepada potongan ini.

Note:
Upah jahit - range RM40 ke Rm48