Tuesday, May 15, 2007

CM006: Polka Dot Charm

CODE: CM006

Gadis genit ini memakai potongan skirt "A-cut". Penampilannyer nampak kemas terutama di pinggang dan perut tetapi masih kekal ayu dengan potongan kembang dibahagian bawahnyer. Potongan tanpa lengan menampakkan keselesaan si genit ini. Walau bagaimanapun, pada yang berminat, sedikit pengubahsuaian boleh dilakukan dengan menambahkan lengan pada baju ini. Nampak lebih formal untuk majlis-majlis yang bersesuaian.


Tema merah polka dot menyerlahkan penampilan mereka..sesuai dengan aksi ceria anak-anak ini. Kepelbagaian juga boleh dikenakan dengan menambahkan renda di bahagian bawah skirt bersesuaian dengan theme warna. Renda putih!! Bertepatan dengan warna polka dot!! Tampil sedikit berbeza..


NOTE: Upah jahit - RM35 ke RM45 (termasuk accesories seperti reben dan renda)
Tambahan Rm5 untuk lining (tidak termasuk material untuk lining)-sekiranya perlu

No comments:

Post a Comment