Monday, August 27, 2007

CM014A : Charming Lavender II

CODE: CM014A

Ini adalah satu lagi penampilan Charming Lavender....
Gabungan fabrik satin dan lace sememangnya menyerlahkan penampilah dua beradik ini...

Potongan ini hanya mengenakan lace di bahagian skirt dengan berlatar belakangkan satin dari unsur warna serupa. Fabrik satin yang sama juga digunakan sebagai bahagian atas dress...

Bahagian reben di pinggang adalah dari kain satin yang sama. Sedikit aksesori tambahan iaitu bunga ditambah dibahagian tengah pinggang sebagai penambah seri.


Gambaran dari belakang yang mengenakan reben dari fabrik satin juga butang sebagai pelengkap.


Note:
Upah jahit - Range RM45-RM55

Wednesday, August 22, 2007

CL013 : Summer Elegance

CODE: CL013


Summer Elegance (Special thanks to Mama Kc for this idea and also for lovely piccas)...

Potongan ini sangat sesuai untuk aktiviti casual...
Kelihatan si anak kecil sungguh santai menggayakannnya...jelas nampak selesa..
Fabrik cotton berbunga kecil dari unsur merah menyemarakkan gaya musim bunga..(summer)...
Namun Ayin tetap nampak bergaya..so elegance...!!!

Potongan bahagian atas sedikit berlainan dari patern-patern sebelumnya; bahagian leher dan lengan adalah bercantum..(kelihatan seolah-olah cheong sam modern)


Bahagian bawah dihias dengan reben dari warna merah untuk memisahkan bahagian potongan lurus dan juga plate (terdapat plate di kiri dan kana bahagian bawah baju).Ditambah dengan renda warna putih..sebagai penyeri..

Note:

Upah jahit -range RM 38 to RM45

CM010: Red




CODE:CM010

Lady in RED..

Latest collection from CHARM category...

Warna merah dari fabrik cotton ini sangat menyerlah untuk si genit yang memakainya..


Potongan kembang di bahagian skirt, tampil labuh di bawah lutut hingga ke buku lali; menampakkan penampilan si kecil tak ubah seperti seorang tuan puteri...


Plate dari saiz yang sama mengelilingi bahagian skirt potongan ini, menampilan potongan yang kemas tetapi tetap menarik dan sedikit kembang.


Penampilan reben dari warana putih; gabungan yang sangat kontra ini menyerlahkan gaya sebegini. Lilitan reben putih menghiasi seluruh pinggang potongan ini..Simple dan kemas pendekatannya


NOTE: Upah jahit - RM38 ke RM48 (Agak rumit utk plate yang terletak di bahagian pinggang)
Tambahan RM5 untuk lining
Additional Note: Gambar ihsan mama KC and Mak Julie



Monday, August 20, 2007

CL012 : A cut casual with piping

CODE : CL012


A-cut Casual with Piping..

Potongan ini adalah sama dengan CL006 dan CM006, CM007, CM008 dan CM015..

Hanya accesories dan jenis fabrik yang digunakan memberi impak berbeza pada setiap code yang diberikan; bersesuaian dengan tema yang diingini..

Kelainan kali ini adalah pada accesori-nya..

Fabrik cotton yang sememangnya amat sesuai untuk anak-anak kecik dikenakan piping pada bahagain leher dan lengan..

Reben dari warna senada dengan piping dikenakan pada bahagain pinggangnya bagi menambah seri potongan ini..

Tidak lupa juga pada bahagian kaki kain..juga mengenakan piping bagi menampakkan kelainan dari potongan sebelumnya..

Ikatan reben sebegini ini mampu menambahkan manis si anak kecil bila menggayakannya..

Note:
Upah jahit - Range Rm38 ke Rm48

CL011 : Plain Cut

CODE: CL010
Plain Cut...
Sesuai dengan namaya..potongan ini memang simple..
Selesa untuk aktiviti tidak formal dan casual...

Renda kecil menghiasi bahagian dada; sebagai penambah seri...


Potongan ini tidak seperti kebanyakkan dress kanak2 yang mengenakan reben di bahagain belakangnya; bersesuaian dengan tema plain dan simple...hanya butang menghiasi bahagian ini yang juga sebagai ganti kepada zip..


Note:
Upah jahit - Range RM30 ke RM38

Sunday, August 19, 2007

CM014 - Charming Lavender..




CODE: CM014

Charming Lavender....

Potongan simple tanpa lengan tetap nampak menyerlah dengan fabrik pilihan yang menarik..
Inilah hasil gabungan satin lembut dan lace berbunga dari unsur warna lavender...



Bahagian pinggang di tambah dengan hiasan bunga dari warna senada...sesuai sebagai aksesori tambahan untuk bahagian atas yang agak kosong.


Bahagian bawah (skirt) dikenakan dengan kain lace berbunga yang dihiasi manik..menyerlahkan penampilan si genit; tidak perlu aksesori tambahan berikutan fabrik yang sememangnya telah cukup lengkap menghiasi dirinya sendiri..


Bahagian reben dibuat dengan kain satin yang sama untuk memberikan impak keserasian maksimum pada gaya ini...

NOTE:
Upah jahit - Range RM45 to RM55

Additional Note:
Gambar ikhsan KC mama Aia n Ayin

Thursday, August 16, 2007

CL010 : Missy Polka Dot

CODE: CL010
Missy Polka Dot...
Potongan ini adalah sederhana...simple!!
Bersesuaian dengan fabrik cotton..
Warna kuning ini betul-betul menampilkan unsur segar untuk si comel yang tembam ini...

Untuk nampak sedikit kelainan, bahagian bawah skirt dikenakan lining dengan warna senada (kuning) tetapi sedikit labuh dari bahagian luarnya..
Lebihan fabrik kuning di bahagian bawah ini memberi kesan berlainan pada potongan kali ini...

Note:
Upah jahit - Range RM38 ke RM45

CL009 : Lovable Brown!!

CODE: CL009
Lovable Brown...
Fabrik cotton dengan unsur pola-dot kecil dari rona warna yang sama...
SIMPLE tetapi masih berjaya mengekalkan keanggunan pemakainya..
Kehadiran lace dari warna kontra; putih melengkapi potongan ini..
Bahagian dada dihiasi ruffle dari fabrik yang sama...memberikan sedikit kelainan di bahagian dada dan leher..Tambahan pula potongan ini mengenakan strap tebal di bahagian bahu si comel...Strap sebegini juga boleh digantikan dengan "spaghetti strap" jika mahu...

Note:Upah jahit - Range RM38-RM45

CP003: Red Patch

CODE: CP003
Red Patching...
Gabungan dua fabrik dari unsur corak berbeza namun rona warna yang sama..merah..
Memberikan impak berbeza terhadap potongan ala "cotton charm" ini..
Kain dari jenis kain kapas ini memang amat selesa digayakan si kecil..

Potongan leher bulat memang simple tetapi tetap menarik untuk gaya sebegini

Bahagian lengan yang sleeveless dikenakan ruffle dari rona berbeza..
Impaknya..seolah-olah lengan yang pendek menghiasi potongan ini..



Note:
Upah jahit - RM38-RM45

Wednesday, August 8, 2007

CM015 - Simply Charm

CODE: CM015
Simply Charm....

Simple.... potongan A-line tanpa lengan!!!
Namum tetap menarik dengan fabrik pilihan yang menarik...

"French cotton" ini amat sejuk dan selesa ; sesuai untuk si genit yang lincah menggayakannya..

Hiasan manik kecil dikenakan pada bahagian pinggang; selari dengan reben dari fabrik serupa..
Sekadar menambah seri pada fabrik yang sememangnya sudah tersedia cantiknya...


NOTE:
Upah jahit - Range RM38 ke RM45 (Tanpa lining)

Flower Charmss II


Ini adalah satu lagi penampilan Flower Charm CM007...

Kelainan kali ini adalah pada material dan warnanya...Juga pada sedikit lengan yang diberikan pada potongan kali ini....

Material dari jenis thai silk..sejuk dipakai sesejuk mata yang memandang...
Padanan ungu dan putih untuk reben dan bunganya amat ketara; sesuai dengan tema kontra yang ingin diketengahkan...

Lihat si gadis ayu duduk bersimpuh....patuh ayu dengan kain labuh menceccah buku lali, kembang payung menutupi bahagian kakinya...




NOTE:
Upah jahit - Range RM38 ke RM45

Tuesday, August 7, 2007

CM013: Shocking Pink

CODE: CM013
Shocking Pink....

Warna garang yang menampakkan impak jelas kepada si comel berdua ini..
Potongan A-line di bahagian bawah, dipadankan dengan leher empat segi dan ditambah dengan potongan lengan yang simple dan pendek..

Kelihatan si comel begitu meriah di hari istimewa mereka...

Potongan simple sebegini nampak kelainannya dengan warna reben di bahagian pinggang dari warna kontra; putih. Tambahan pula dengan gaya ikatan reben yang berbeza dari biasa...

Note:
Upah jahit - Range RM38 ke RM48 (tanpa lining); bergantung kepada jenis kain etc

Wednesday, August 1, 2007

Birthday Girls in Girl-Charms Dresses!!!

Here is my daughters in the combination of purple and green dresses..Celebrating Ariana's 2nd birthday

While this is 2 cute liltle ladies..Yaya n Lana celebrating their combo birthday celebration..in shocking pink dresses

And this is the twins..Aina & Aini..in white dresses with small red flowers..celebrating their 2nd birthday bash!!